Pengenalan IKATAN MAHASISWA DINAMIK
(IMAD)
IKATAN MAHASISWA DINAMIK (IMAD) dicetuskan hasil sinergi
pelajar UiTM Perak yang melihat
pentingnya wujud sebuah organisasi yang mengimbangi di antara prinsip
keilmuan dan kerohanian.
Pegangan Ikatan Mahasiswa Dinamik (IMAD)
·
Menjadikan dasar-dasar dan prinsip-prinsip Islam sebagai
matlamat.
·
Berpegang kepada prinsip keilmuan dan kerohanian.
·
Memperjuangkan nilai keilmuan dan jati diri yang sempurna.
Objektif Ikatan Mahasiswa Dinamik (IMAD)
·
Membantu pihak pentadbiran UiTM dalam menangani
permasalahan yang berhubung kait dengan pelajar serta merealisasikan visi dan
misi UiTM ke arah melahirkan pelajar yang bertaqwa.
·
Membentuk satu gerak dan tindakan yang berteraskan
penjanaan ilmu dan maklumat di samping mewujudkan dan mengimbangi suasana
sosial UiTM dengan menerapkan nilai-nilai Islam.
Falsafah Ikatan Mahasiswa Dinamik (IMAD)
Ikatan Mahasiswa Dinamik (IMAD) melihat komuniti yang
membentuk majoriti penghuni kampus di UiTM ini sebagai aset yang amat bernilai
dan berpotensi untuk kemajuan masyarakat.
Pembabitan pelajar dalam IMAD dapat menonjolkan satu imej
dan reaksi yang positif pada diri supaya lebi berketrampilan, berkeyakinan,
intelektual dan berakhlak mulia. Pelajar juga dapat menjaga dan menaikkan nama
baik UiTM kepada masyarakat secara menyeluruh.
* Kami dari pihak Ikatan Mahasiswa Dinamik (IMAD)
mengharapkan doa rakan-rakan sekalian untuk persatuan ini terus istiqomah dalam
menjalankan usaha dakwah dan menjalankan amar makruf nahi mungkar.
Terima
kasih.